• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 32805158/5156
  • residenbj@unisel.edu.my
    FAQ's

Welcome to Residential College

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman sesawang Kolej Kediaman Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya.

Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya merupakan satu institusi pemberi perkhidmatan penginapan kepada mahasiswa Universiti Selangor. Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya komited dalam usaha menjana perkhidmatan terbaik kepada penghuni kolej melalui pengurusan dan perancangan strategik yang cekap, telus dan komprehensif.

Pihak pengurusan Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya beriltizam untuk menjadikan kolej kediaman sebagai tempat penginapan pelajar yang selesa, selamat, berkebajikan serta berkualiti bagi pembangunan modal insan dan pembentukan sahsiah pelajar. Sehubungan itu, pelbagai kemudahan dan prasarana telah disediakan kepada penghuni Kolej Kediaman dan ianya akan dipertingkatkan mengikut keperluan dan kepentingan semasa.

Dalam usaha memberikan kemudahan kepada penghuni Kolej Kediaman, laman sesawang Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya dibangunkan sebagai saluran yang ampuh dalam menyebarkan maklumat berkenaan Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya kepada penghuni kolej, warga universiti dan komuniti dalam usaha ke arah merealisasikan impian UNISEL sebagai pilihan utama di bidang ilmu pendidikan tinggi.

Selain daripada itu, laman ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada penghuni Kolej Kediaman dan komuniti setempat mendapatkan perkembangan dan info terkini yang berlaku di Kolej Kediaman khususnya dan di UNISEL amnya. Di samping itu juga, laman ini menjadi platform rasmi bagi pihak pengurusan Kolej Kediaman menyampaikan maklumat kepada penghuni Kolej Kediaman.

Saya berharap agar laman sesawang Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak sama ada penghuni Kolej Kediaman dan universiti serta komuniti luar. Saya juga amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina daripada semua pihak bagi memantapkan lagi proses penyampaian dan pengurusan maklumat serta fungsi yang disediakan melalui laman sesawang Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya ini.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD BIN HASHIM

Principle of Residential CollegeĀ 
Universiti Selangor
Kampus Bestari Jaya

 

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us