Iftar Jama’ie Perdana

21 hb jun 2016 Majlis Perwakilan Kolej (MPK) telah mengadakan Iftar Jama’ie Perdana bertempat di Dewan Naib Canselor Unisel Kampus Bestari Jaya.

Program bermula pada jam 5.30 petang sehingga 10 malam.

Program telah dihadiri oleh Ustaz Saedal Atas bin Abdul Ghani selaku imam dan memberi tazkirah serta menjadi imam tarawih, En. Muhammad bin Hashim selaku tuan pengetua Kolej Kediaman, Pn. Aisah bt Mat Dan selaku penasihat Majlis Perwakilan Kolej Bestari Jaya, felo-felo dan penghuni kolej siswa dan siswi.

Ucapan terima kasih kepada TNC Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti Prof Dr. Shaharuddin bin Badaruddin dan Dekan Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti  Tuan Haji Amidi bin Dato’ Abdul Manan atas kesudian menghadirkan diri ke Majlis Iftar Jama’ie Perdana 2016.

Diucapkan tahniah dan ribuan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang sudi hadir ke program iftar jama’ie perdana ini.

Semoga sama-sama kita mendapat manafaat di bulan yang penuh barakah.

Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari diri kami sendiri.

Semoga diberi kesempatan mengadakan majlis seperti ini di lain tahun.

Sekian. terima kasih.

EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ
UNISEL KAMPUS BESTARI JAYA.