About Us

Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya yang dahulunya dikenali sebagai Residen Komuniti Siswa (RKS) telah mula beroperasi di bawah pengurusan UNISEL mulai Julai 2014 selepas proses baikpulih asrama selesai dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Incoporated (MBI). Pelantikan Pengetua dan Penolong Pengetua Kolej Kediaman serta Pengurus Asrama pada September 2014 telah membawa kepada dimensi baru pengurusan Kolej Kediaman di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL.

Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya memiliki 9 kluster yang terdiri daripada 44 blok pangsapuri 5 tingkat, dan mampu memuatkan sehingga 5000 penghuni dalam satu masa. Kompleks kediaman berbentuk pangsapuri menempatkan hanya enam orang pelajar di setiap unit. Ini memberikan keselesaan penginapan yang maksimum kepada pelajar. Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan seperti Dewan Naib Canselor, Dewan Kolej, kafeteria, kedai serbaneka, mesin ATM, gelanggang sukan dan permainan seperti badminton, futsal, bola tampar dan tenis. Selain daripada itu, Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya juga menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa kepada pelajar seperti pusat dobi 24 jam, mesin vending minuman dan makanan serta kawalan keselamatan 24 jam.

Secara keseluruhannya, Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya adalah mewujudkan persekitaran yang kondusif, selesa dan selamat kepada pelajar yang seterusnya menjadi platform kepada penjanaan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri pelajar dalam usaha mencapai visi dan misi Universiti Selangor.